Monday, April 27, 2015

Resepi Agar Agar Santan Pandan & Gula Melaka

Godek2 album, jumpa gambar agar2 ni, terliurnye lahai.. nanti weekend kalau tak bz, boleh la buat, bahan2 ade je kat rumah tu, nak seribu daya kan, ikotkan anak tekak ni, macam macam nak, hakikatnye?? masa je takde, hahah. Biasanya weekend tu la full order, dah cane? ngeh!

Ok sbb agar2 ni termasuk dalam list fav seisi keluarga, so nak simpan dulu sesiap resepinya kat sni, next time senang nak cari.


  1 adunan agar2 ni ngam2 untuk 1 loyang 10inci ni








Agar agar gula melaka ni lagiiiiii cantek kejadian telurnye berbanding agar agar pandan sebelum tu, maybe cara olahan ms nak masukkan adunan telur tu yg membezakan, jangan kacau byk sgt kot, baru keladak dia kasar2, hehe maybe. haihhh telan ailio lg nengoknye -_-

Oh ya, semua agar2 siap potong nampak kan aku dh isi siap2 dlm tupperware, senang, slalunya 1bekas simpan peti kt rumah ni, ade la yg nak makan kang mengagau dlm peti tu, bekas2 seterusnya tu selalunya, bawak ke rumah mil or yang terdekat la. ^__^

Nah resepinya :

Agar Agar Santan Pandan
Kredit : Kak Azie 

Bahan bahan

20 gm agar agar strips (boleh direndam seketika, jika mahu)
4 1/2 cawan air
1 1/3 cawan gula (boleh dikurangkan jika suka)
2 cawan jus pandan ( blend 5helai daun pandan)
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
2biji telur
setitik dua pewarna hijau jika perlu

Cara cara

Masak agar agar bersama air sehingga agar agar tadi hancur. 

Masukkan gula dan masak lagi sehingga larut

Tapis ke dalam periuk lain dan didihkan semula.

Blend telur, garam, jus pandan dan santan.

Setelah agar agar mendidih, tuang bahan blend ke dalam periuk agar-agar dan kacau sehingga mendidih. Angkat

Tuang ke dalam loyang dan sejukkan sebelum dipotong.


Tang resepi gula melaka tu, aku just tukar je just pandan ke air gula melaka, tp kat pantai timur ni kami guna nisang kerek dalam 3keping size kecik tu dan kurangkan sukatan gula sbb nisang ni dh cukup manis :)

3 comments:

  1. ouh..feberat aku ni..aku lg suka yg gula melaka tu..ah telan ailio dh ni..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tapi ai malas buat kuih muih ni. Ko la buat pastu hantor sini, OK? :D

    ReplyDelete
  3. na aku baca komen kat resepi ni dlm fb katanya telur xyah blend. just pukul2 manja je

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails