Hampir stiap pagi kne flu, sbb sejuk je pun, kemas bilik skit kalau berhabuk skit mula laaa, haihh tak suka bila flu, mesti kepala mcm bengang bengong semacam je, haha nak cakap ting tong sbenarnye ni, -______-
Ok sbb mood ting tong blh la updet blog skit, motip?? :p
Since mak sakit, memang tak jejak dah ke surau seperti kebiasaanya, dulu2 setiap pagi ada program kat surau di kg tu, mmg dia kayuh beskal je gi, skrg jalan pun xlarat, apetah lg nak kayuh beskal kan. Bila ada org2 kg dtg jenguk mak, dia ada la mengadu, rindu nak ke surau mcm dlu2, rindu nak dgr ustaz ceramah, tazkirah, usrah bagai tu.. alahai -___- aku pon xtao pon hasrat terpendam mak ni huhu, tup2 dapat mesej dr sorg ajk surau tu, bgtau derang group2 surau tu dah bincang, utk next ceramah ustaz, akan dibuat kat rumah aku utk mak sama2 join skali, speechless -_-
Makan minum pon derang semua sediakan, xperlu nyusahkan tuan rumah katanya, alahai.. Tapi xsedap plak kite kan org dtg kita xbwk kuar apa2, hehe so aku buat gak la roti jala + kari ayam, kek buttter dgn cheesetart. Geng surau ada bwk mee goreng, kopok dengan teh o. Pinggan gelas pun derang bwk siap. Senang betul, hehe ;)
Majlis start pkul 10pagi cmtu kot..ada ceramah skit dr ustaz, then sambung trus bacaan yasin, buat tahlil dan doa slamat utk kesihatan mak sekali, Alhmdulillah.
Alhmdulillah, sronok mak ada majlis ilmu cmni berlansung kat rumah tu, InsyaAllah rumah ni sentiasa terbuka utk sebarang majlis 2 cmni lagi, sila2 la dtg lagi..hehe.
Biasanya dah tengahari skit, kurang dah flu sbb dah panas(cuaca) kan, dia pepagi je slalunya jadi, udah tetibe sambung citer flu tadi balik, bhahahhahaha... ok la blur plakk nk buat penutup, kahkah. daaaaaaaa~
No comments:
Post a Comment