Tuesday, September 13, 2011

Resepi : Kek Velvet Ombak Beralun (kukus)


  Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Alas loyang dgn kertas minyak
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang. Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi. Kemudian tindih dgn adunan berwarna yang ke2, next lapis dgn serbuk koko, ulang2 hingga lapisan terakhir xperlu tabur serbuk koko dah.
  6. Tutup loyang dgn aluminium foil, kukus selama 45minit.
  7. Apabila masak, buka aluminum foil, & sejukkan di atas redai. siap !

Apa yg bestnye kek ni, sgt2 magic sbb bila kite potong kek yg dah siap td, dlm kek tu nampak ombakkkkk...cantekk!! dan yg penting kek ni sgt sgt sedappp..try lerrr klu xcaye :p




 kredit utk my resepi

9 comments:

  1. OK nak try nnt :D aku bab buat kek boleh, bab nk buat cookies kemsalam. pasalnya renyah. haha

    ReplyDelete
  2. wah warna warni...menarik.....mesti sedapkan..tgk pon sudah terliur

    ReplyDelete
  3. psttt gambo abg mung yg seksi tu kot blur2 kan pon still leh nampak dgn jelas la kih kih kih

    ReplyDelete
  4. adoi
    kagum ah aku dengan kecekalan mu ni mek
    aku la ni dh malas nk pegang mixer,
    tepung apatah lagi
    rasa nak masuk bawah selimut n gulung2 macam sardin roll tu
    tapi tu la masalahnya
    malas nk buat tapi tekak nak makan macam2
    hahaha

    ReplyDelete
  5. selok membaking dah mu ni. nak celen dapur kak long ke. hihihi.

    ReplyDelete
  6. tu dia punya cantik alunan ombak jadinya, mesti ceria hidup pas makan..hihi

    ReplyDelete
  7. pergh..jakun jap..tak penah jumpa kek berlapis milo ni..haha,nak try wat, kena fikir 2-3 kali..hubby tak minat sgt ngan kek..tu yg mood merudum je..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails