Showing posts with label snowy cheese cake. Show all posts
Showing posts with label snowy cheese cake. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Cheesekut senang & sedak giler hoi!

Baru buat last week, gara2 slalu sgt tgk ramai sgt blogger sane sni yang dah try kan, haha, lgpon senang ngat aihh! Sape yg xtry lg, aku pakse g buat cepat! hiks ^_^

Ok checklist bahan2 utama dia. sediakan 4perkara ni je, + 1lg perkara bekas/loyang.

 
 hero utama - biskut hup seng DELUXE CRACKERS

cream cheese TATURA sketul/250g. nk gune brand lain pon sokayy

 susu pekat manis stengah tin, ape2 brand pon sokay

 susu segar secawan, nk try brand lain pon xde hal.
 
Step 1 - Cream cheese tu pukul sampai gebu, if xde mixer nk pkai blender pon boley, tp potong dadu kecik2 dlu,, pastikan suhu bilik senang skit sbb dah lembut kan, nak pukul pkai senduk kayu pon boley, janji cream cheese tu dah gebu

Step 2 - Cream cheese dah pukul gebu, masukkan stengah tin susu pekat manis pkul bg sebati. 

Step 3 - Celup biskut skeping2 dalam susu segar, jgn celup lama sgt, janji basah/lembab skit je dah, & susun penuh 1lapis dalam bekas/loyang.

Step 4 - Sapu adunan cream cheese td atas biskut, nipis2 je, then lapiskan skali lg biskut yg dah celup susu segar td, ulang la smpai abis. aku guna loyang petak 8inci, dpt dlm 4lapis gak semua skali, stiap lapis guna 16keping, so biskut mmg ade lebih if beli sbungkus tu.


Ni yg dah siap lapis semua, ekceli foil tu alas dlm loyang sbb senang nk kuarkan cheesekut ni nanti & nak potong, xnk gune pon sokay! Dah siap layer, sejukkan sekurang2nya 3-4jam xpon bermalam.


 Kuarkan & potong. 

 nampak? sedak x? nyummmyyyy.. harus buat lg lepas ni ^_^

Smlm trase tekak nk mkn yg cheezy2 lg.. so buat snowy cheese cake

 resepi tgk SINI 

ok, slamat mencuba. daaaaaaa~

Monday, February 4, 2013

Kolej Tengku Kursiah - Snowy Cheese Cake Ombre - Nilai 3

Kemain panjang tittle haa.. random la kiranya, hehe.. 2last week kot, cuti panjang start khamis, teman mil g kL bermalam umah sil bertujuan utk pikup ucu mika kt TKC hr jumaat tu, sekaligus utk celebrate bufday ucu..aku dh siap2 bwk kek dr Kuantan, tp otw mil bru bgtau ucu pesan nak cupcake sbb senang nk agih2 kt member2 dia, lorrr.. kalau bgtau awal2 blh kot, ni xtao pon, itu yg bwk sbiji je kek..

Kek Snowy Cheese Cake yg buat hr tu xpuas mkn lagi kekdahnye, itu yg repeat lg kek ni, hehe.. tp kali ni buat kelainan skit dgn tukarkan pada 3layer & 3tone ombre, 1st time bermain dgn ombre, mmg sukar kot bg aku nak bezakan stiap tone tu.. tp xpe la, practice make perfect kot?


Limpahan taburan cheddar cheese, auummmmmmmm~

Tenghari jumaat tu bertolak la kami ke sekolah ucu, ni kiranya 1st time aku smpai ke sekolah ucu kt NIlai ni, cos slama ni kt Seremban, dah slalu pergi kt sana,start tahun 2013 TKC dah berpindah secara rasmi kt NIlai dgn bangunan baru dalam ceruk hutan kot, dikelilingi ladang getah, wohooo seram mak!


Sampai sekolah ucu, masing2 semua tgh sibuk kemas2 nak balik rumah masing2, cuti 4hr kan smpai isnin, ingtkan blh ajak lepak ramai2 potong kek, tp dlm keadaan cmtu xdapek la.. pastu mika berry plak, dah kne bwk dia g toilet cuci, kuar2 bilik air tgk kek dah sparuh, kehkeh sil dah potong kt tepi kaki lima tu gak utk agih2kan utk geng2 ucu & mane2 student yg trlintas kt situ, hehe sokay la..masing2 tgh sibuk bwk turun beg masing2 kan.. :)


Nasib la ade rezeki aku dapat jugak nk tgk potongan dlm kek ni, xcited sbenarnye nak tgk tone ombre ni menjadi ke x, mmg ketara sgt tone bwh skali ngn kedua tu xjauh beza kan? spoil skit, huhu.


kakak slumber je lepak tepi longkang mkn kek, hehe

Siap bwk turun semua brg ucu & kek dah abis semua agihkan, kiteorg gerak balik, alang2 dah ke nilai, trus balik tu singgah nilai 3 la kan.., walhal dh tahu bonet dh penuh ngn beg ucu.. huhu so xdpt nk sopim byk sgt la, mil la lepas beli tikar 2bidang, itupun sbb nk kasi sil bwk ke asrama,..lain2 cadar ngn comforter murah.. next time nk sopim kt sni kne bwk kete besar lg kot, baru puas, kahkah.

 mika ngn kazen2 dia kt kedai2 brg perhiasan rumah kt nilai 3 ^_^

 Langkah hari, nak pendekkan citer, haha Isnin hantar ucu balik ke sekolah ni smula, & mlm tu jugak kiteorg gerak blk Kuantan.


Wednesday, January 23, 2013

Resepi : Snowy Cheese Cake

Dah lamaaaaaa sgt kek ni masuk dlm wishlist antara resepi kek yg nak try dr last year, kes trpesona dgn taburan cheese cheddar yg menutupi keliling kek tu, dgn tekstur kek dia tgk mcm gebussss je.. tp asik tertangguh2 je buat,, baru2 ni dpt jugak buat akhirnye, hehe


Resepi kek ni mmg senang sgt weh, bahan2 pun xrumit sgt, korang yg malas2 blh try.. haha

 

Resepi dr sini Sky Blue's Kitchen

Bahan²

6 biji telur ayam - ( buang 2 putihnya )
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong ( blue key superfine boleh juga ) - aku guna tpg self raising
60 gram tepung jagung - ( maizena )
50 gram air sejuk - ( dari peti ais )
1 sudu teh baking powder - tak letak
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega _ ( dicairkan )

Untuk Krim
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis
** ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul )


* aku xguna susu pekat manis, tp putar fresh cream stengah cawan, kaup balik dgn cheese yg dah dipukul td,

Untuk Topping
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) *aku guna cheese cheddar*

 ** Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.



Cara²
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
  3. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  4. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  5. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150°C. ( bakar kek menggunakan kaedah waterbath )
  6. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  7. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  8. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  9. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  10. Masukkan dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Lepas tu baru potong.

 gebu kan? senang pun yer, g buat cepat! :p
daaaaaaaa~

Related Posts with Thumbnails