Wednesday, January 23, 2013

Resepi : Snowy Cheese Cake

Dah lamaaaaaa sgt kek ni masuk dlm wishlist antara resepi kek yg nak try dr last year, kes trpesona dgn taburan cheese cheddar yg menutupi keliling kek tu, dgn tekstur kek dia tgk mcm gebussss je.. tp asik tertangguh2 je buat,, baru2 ni dpt jugak buat akhirnye, hehe


Resepi kek ni mmg senang sgt weh, bahan2 pun xrumit sgt, korang yg malas2 blh try.. haha

 

Resepi dr sini Sky Blue's Kitchen

Bahan²

6 biji telur ayam - ( buang 2 putihnya )
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong ( blue key superfine boleh juga ) - aku guna tpg self raising
60 gram tepung jagung - ( maizena )
50 gram air sejuk - ( dari peti ais )
1 sudu teh baking powder - tak letak
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega _ ( dicairkan )

Untuk Krim
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis
** ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul )


* aku xguna susu pekat manis, tp putar fresh cream stengah cawan, kaup balik dgn cheese yg dah dipukul td,

Untuk Topping
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) *aku guna cheese cheddar*

 ** Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.



Cara²
  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
  3. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  4. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  5. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150°C. ( bakar kek menggunakan kaedah waterbath )
  6. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
  7. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  8. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  9. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  10. Masukkan dalam peti ais dalam 1 - 2 jam. Lepas tu baru potong.

 gebu kan? senang pun yer, g buat cepat! :p
daaaaaaaa~

8 comments:

  1. Wehhhhhhh..
    Baru je save resepi dr blog mana entah last week
    Esok nak buat, tup-tup today ko dh up satu
    Meleleh ayaq liuq tgk hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah aku pon dh lama nk try,
      smpai nak kering dah cheddar tu dlm peti, bru nk test ni, hehe

      Delete
  2. mujur lah tak suka mkn ciskek. so tak effect apa2 pada nafsu ekeke.
    tp sok mcm nk wat puding roti sbb ter effect nafsuku pd puding rotimu

    ReplyDelete
  3. haaaa teringinnyaaa kek ni da lama usha resepi tp bile laaa nok buaknyee :(( anyway apa maksudnye ni --> 6 biji telur ayam - ( buang 2 putihnya )?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnye, gune 4bj telur + 2bj kuning telur. haha faham dak?

      Delete
    2. oo begituuuu. paham kot hehe

      Delete

Related Posts with Thumbnails