Last week ternampak Che Mat Gebu ngn Kak Dayang Jack buat kek lapis ni, masa memula tgk mat gebu buat pon dh trliur abis, lagi lagi tgk yg kak DJ plak buat siap berdabel layer, perghhh..ini xboley jadi, kene jadikan jugak skali utk menghilangkan terliur2 tu, kehkeh.
RESEPI KEK COKLAT LAPIS KEJU
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla
Sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur grad A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
CARA MEMBUATNYA :
- UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.
- UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.
- UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit.
- Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.
- Kalau ikut resipi Kak Yatie, kena kukus 20 minit lagi, tapi mat kukus kurang lebih 35 minit, ini anda kena check sendiri, lepas 20 minit, buka aluminium foil dan periksa bahagian tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak, pastikan anda tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari tin, boleh dipotong dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk, pastikan anda bungkus atau letak dalam bekas bekas bertutup sebelum disimpan.
Ekceli, lepas layer ke 2 (cheese) tu masak, nak tuang adunan coklat utk lapisan terakhir kena slow2 skit, sbb adunan cheese yg dah masak, time panas2 dia trlalu lembut, jika tertuang kasar skit, maka tengelam la adunan coklat ke dalam cheese tu, kehkehh.. xpe next time ingat ni!
nampak x insiden kat tengah2 kek tu? kehkeh
Disebabkan kek ni ala2 kek lapis, maka cara nak potong pon ala2 kek lapis gak, sbb ade lapisan cheese, so cpt muak if mkn byk2, kalau potong kecik2 ni xtrase sgt, skali ngap, ohh nikmat gler weh! sumpah sedapp.. must try!
arghhhh trase kegebuan kek coklat & kelemak'tan cheese tu, bile nk repeat lg ni? T__T
oih...menarik hati sungguh...ala malas nye aku nk wat sendiri weh....ish....tapi dah terliur dah ni.....hahaha
ReplyDeletesedapnye..terliur jap
ReplyDeletetelan jer ler air liur ku ini... huhu
ReplyDeletesana sini dah wat kek nie..tergugat iman tengok
ReplyDeletenapok gambo pun dah tau..muak...
ReplyDeletetp klu chill mmg tak rasa ni ngap ngap ngap...