Tuesday, March 24, 2009

Nakal sungguh !

Terjumpe crita ni td.. haishh nakal sungguh, [skadar tuk hiburkan hati je ehh..xbermaksud pe2 :p]


................ cerita 1 ..................

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

TAMAT

p/s: kesimpulannye kat cni ...... buka leerRRRR hadiah tuu duluu.. hihihi



..................cerita 2 ................

ceritaini melibat kan Dua ekor kura-kura. Seekor jantan dan betina. Kisah ini terjadi apabila kura-kura jantan berhajat untuk melepaskan nafsunya kepada kura-kura betina. Kura-kura jantan bernamaSinsan dan kura2 btina Fufus.

Sinsan: Fufus... aku chenta pada mu.. aku amat sayang pada mu. stiap saat aku perlukan mu. di dalam hati ini tiada dua, tiga slain mu. mata mu bulat bak bulan purnama. hidung mu kempes berlubang dua, kaki mu empat bercengkerang hijau tua. sekali imbas rupa mu bak model didalam buku tadika. (hahaha, kali ni pasti terjadi apa yg aku nak.)

Fufus: Abg Sinsan, wajah abang manis umpama bulan. maaflah ayang x reti bahsa kiasan.. apa yang abg mahu sbnarnye???( aku tau la kau nak mengawan ngan aku. dasar jantan. jantan la juga).

Sinsan: abg sbenarnye... sbenarnye... sebenar benar benar benar nye.... nak kan zuriat.. atok abang cakap dlu, klu nak anak kena cakap ngan spesis ayang.

Fufus: ye la abg sinsan.. fufus turut kan saje kata2 abang tu..

sinsan: tercapai jugak hasrat abg ni fufus.. fus chenta ku... marilah kita berasmawan (berasmara untuk orang) di atas bukit yang tinggi itu.

Maka dengan bodoh nya mereka menaiki bukit yang tinggi itu. selama 4 hari berturut2 untuk mencapai cita-cita mereka.. sampai sahaja di atas bukit maka mereka lepaskan lah hajat mereka itu.....

Setelah mereka puas, sang sinsan pun berkata pada sang fufus..

Sinsan: fufus. aku turun dahuluke bawah bukit.. kalau kau cinta pada ku, kau turun lah ke bawah setelah aku turun dahulu.

Fufus : baik lah abg...



sinsan: abg turun dahulu...

tanpa menghirau kan lagi keadaan fufus.. maka si sinsan pun turun lah.. sampai sahaja di bawah.. dia menunggu si fufus.

satu hari berlalu...

dua hari berlalu...

tiga hari berlalu...

empat hari berlalu...

simsan : kenapa lah si fufus x turun2 ni.... x boleh jadi ni..

si simsan pun memikir kembali mengapa si fufus tidak turun... akhirnya..................

Simsan : aramakkkkkkkkkkkkk........... aku lupa nak terbalikkan dia la...

hehehheeh

Tamat..

9 comments:

  1. hehe...lawaking nye citer..bole pekena besfren nk kwen ni

    ReplyDelete
  2. hahahha..lawak gilerrrr..lg2 citer 2nd tu..y 1st da pnh bace da....gelak guling2 beb...

    ReplyDelete
  3. criter satu tu dh penah baca..haha tp bc kali kedua pun gelak sorg..cmner la ader kawn camtu..hahaha

    ReplyDelete
  4. cite yg 1st tu da biasa baca..yg kedua tu baru la ni baca..he..sengal tol kura jantan tu..

    ReplyDelete
  5. gelak gelak jugak..tp rasa takut la plak.makkkk

    ReplyDelete
  6. adeih..
    sadis sungguh kisah jam loceng tu..
    mesti tepat kul 2 tu, tang2 tu jugak la si insan2 'inesen' yang bg hadiah tu tgh bergelak ketawa..

    ReplyDelete
  7. whoaaa..ni dh memang tak sabo nak kahwen ke nano?..hihkhihkhih

    ReplyDelete
  8. yg citer pasal jam lonceng berbunyi tu kan na sebijik mcm kwn nurul terkena masa mlm pengantin baru dia. huhuhu. kelakar kan? :)

    ReplyDelete
  9. boleh tahan gak gatai nyer citer ni ek..
    huhuhu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails